Al-Batanni (Albategenius) (240-317 H/845-929 M)

Share:
Nama beliau adalah Abu Abdullah Muhammad bin Jabir bin Sinan Al-Harani. Beliau dilahirkan di Harun (Turki) dan meninggal dunia di Samara, Iraq.

Diriwayatkan bahwa beliau memulai kajian di Bitan, Iraq. Kemudian di Antoqiah, Syiria. Beliau telah menggariskan dengan cukup teliti mengenai pusingan tahun dan musim, kadar peredaran matahari dan menggariskan miring buruj di garisan khatulistiwa. Beliau juga mempunyai penyelidikan yang teliti dalam gerhana matahari, bulan dan pergerakannya. Beliau orang pertama yang menggunakan kosain dan garis sendeng dalam segitiga dan sudut, juga penggunaan lambang dan trigonometri ke barat. Inilah yang disebut sumbangan dari Al-Battani.

Karya-karya Al-Battani:
Beliau menyempurnakan hasil Batlimous dalam bukunya ―Al-Zaiju Al-Sabik‖. Buku itu terdiri dari muqaddimah dan 57 bagian mengenai cara-cara pengiraan, sifat buruj, kadar miring, bintang dan permasalahannya, jenis-jenis taqwim, ukuran masa dan tempo tahunan, alat-alat astronomi dan cara-cara membuat alat-alat tersebut.

Karangan beliau yang lainnya adalah: zaiju al-ralqani‖ yang mengandung hasil kajian beliau, ―Syarah Arbau‘u Maqolat li Batlimous‖, ―Kitab Ta‘dil Kawakib‖ dan ―Kitab Ma‘rifatul Matoli‘u Al-Buruj fima Baina Arba‘i Al-Falak‖. Beliau juga mempunyai beberapa rencana dalam bidang geografi.

Sesungguhnya al-Battani yang di sebut juga Albategnius merupaka seseorang yang jenius dalam bidang astronomi iSlam, yang mana mampu menyatukan antara ketelitian kajian dan kemampuan mengembangkan teori astronomi sehingga digelar Batlimous Arab.